Dalam Surah Yaasin terdapat tujuh
tempat perkataan “mubin” yaitu pada ayat;
1) Ayat 12 = Mubin Pertama
Sesungguhnya Kami
menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah
kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan
(ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu
Suratan) yang jelas nyata.
2) Ayat 17 = Mubin Kedua
“Dan tugas Kami
hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata”.
.
3) Ayat 24 = Mubin Ketiga
“Sesungguhnya aku
(kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan
yang nyata.
.
4) Ayat 47 = Mubin Keempat
Dan apabila
dikatakan kepada mereka:” Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan
Allah kepada kamu”, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang
yang beriman (secara mengejek-ejek): ” Patutkah kami memberi makan kepada orang
yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah
berada dalam kesesatan yang nyata”.
.
5) Ayat 60 = Mubin Kelima
“Bukankah Aku telah
perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan?
Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
.
6) Ayat 69 = Mubin Keenam
(Nabi Muhammad
bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian
bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak
lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;
7) Ayat 77 = Mubin Ketujuh
Tidakkah
manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari
(setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan
tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang
pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan
semula orang-orang yang mati),
Yasin
ada beberapa kaedah dan cara pembacaannya, bergantung kepada tujuan
khususnya. Ada Yasin Tunggal (biasa), Yasin
Wirid (untuk rezeki) dan ada yang membaca Yasin 7 Mubin untuk
sesuatu hajat.
Yasin 7
Mubin ini dibaca untuk mendapatkan semula barangan berharga
yang telahdicuri atau hilang. Barang dalam hal ini perlulah barang yang
berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan sebagainya. Tidak boleh
dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah
durian atau yang sejenis dengannya.
Kaedah Membaca Yasin 7 Mubin
Kaedah
yang dinyatakan ini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon
kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula. Yasin 7
Mubin perlu dibaca dengan kadar yang segera iaitu dalam tempoh 24 jam dari
kehilangannya.
A. Langkahnya adalah seperti berikut:-
- Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.
- Boleh juga dibaca Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali secara bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala, ketika dalam sujud yang terakhir. “Tidak ada Tuhan selain Dikau. Maha Suci Dikau Ya Allah, sesungguhnya daku adalah termasuk orang-orang yang aniaya.”
- Selesai Solat Hajat,mulakan bacaan Surah Yasin mengikut kaedah seperti berikut;
- Membaca Surah Yasin, apabila sampai pada setiap perkataan ‘Mubin’, hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulangi semula bacaan Yasin daripada permulaan surah.
B. Cara-cara untuk membacanya ialah :
- Bacaan Yasin dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan Selawat 11 kali.
- Baca Yasin sehingga di Mubin pertama (ayat ke 12) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kedua (ayat ke 17) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang ketiga (ayat ke 24) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keempat (ayat ke 47) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kelima (ayat ke 60) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keenam (ayat ke 69)dan berdoa.
- Ulang semula dari awal sehingga Mubin yang ketujuh (ayat ke 77), berdoa .
- Lengkapkan bacaan Yasin sehingga habis ke penghujung surah dan disudahi dengan bacaan penutup.
Setelah
selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
Untuk
mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam
berturut-turut sebaik sahaja mengetahui kehilangan barang tersebut.
Fadhilat Lain Yasin 7 Mubin
Dari
kajian, kaedah di atas juga boleh digunakan untuk:
1.
Pendinding dari
gangguan jin dan syaitan.
2.
Memanggil anak-anak
yang lari dari rumah.
3.
Melindungi diri
dari difitnah atau dizalimi manusia.
4.
Dibaca bagi
pesakit yang sedang tenat (baca pada air untuk diminum).
Perlu
ditegaskan, ini adalah satu kaedah zikir, janganlah meletakkan pergantungan
kepada ayat, jaga iktikad anda dan berserahlah hanya kepada Allah SWT semata.